Sunday, September 04, 2005

"Perjuangan Yang Belum Selesai" - My pride...

Verse 1:
Langkah, beribu langkah... ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari... haluan arah yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian...

Verse 2:
Hina, hinanya diri... hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi... kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku...

Chorus:
Langkah demi langkah... biarkan bertatih
Impian kan juga terlaksana...
Martabat diri ini... tiadakan bererti tanpa usaha
Janganlah leka...
Mewah negaraku... semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku...
Teruskan langkah ini... biarkan ia kekal
Selamanya...

V/O (Tun Dr Mahathir):
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Chorus:
Langkah demi langkah... biarkan bertatih
Impian kan jadi terlaksana...
Martabat diri ini... tiadakan bererti
Usahalah... janganlah leka...
Mewah negaraku... semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku...
Teruskan langkah ini... biarkan ia kekal
Sentiasa...

V/O (Tun Dr Mahathir):
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya

Written by Sheikh Faisal Sheikh Mansor
Composed by Dato' Wah Idris
Sung by Nora

0 comments: